Jumat, 17 Desember 2010

MENGAPA SELALU NODAI KESUCIAN C.I.N.T.A..



 Assalamualaikum w.b.k..
salam ukhwah..


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberikan kita semua nafas pada hari ini utk kita mengimarahkan lagi syiar islam dan menambahkan lagi amal makruf dalam kehidupan seharian.. bersyukurlah kita ke hadrat Illahi kerana limpah kurnianya sepanjang hayat kita pada hari2 yang lalu.. Alhamdulillah..


C.I.N.T.A merupakan elemen gabungan perasaan kasih sayang.taat,setia.belas ihsan,prihatin,tanggungjawab,saling menghormati,saling memahami,saling menyenangkan dan saling berusaha utk memperbaiki perhubungan..pokok pangkalnya disini CINTA merupakan elemen yang amat suci yang dianugerahkan oleh Illahi kepada jiwa dan fitrah manusia..


Maknanya disini.. perasaan cinta itu tidak boleh dielak kerana ianya merupakan fitrah kita sebagai manusia utk saling mencintai..namun begitu sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istimewa..kita mampu mengawalnya.. tidak salah utk seseorang muslimin dan muslimat utk jatuh cinta namun pada realitinya mampukah kita utk menahan penangan perkataan keramat ini..CINTA..memang indah dan mampu tuk menyebarkan kebahagiaannya ke seluruh dunia tapi jika tidak kena pada caranya..batasnya..CINTA mampu membunuh seluruh jiwa raga yang di atas muka bumi ini,,.. nauzubillah min zalik..dan subhanallah inilah kehebatan CINTA..


ok..bila kita terjerumus dalam cinta.. @pabila seseorang jatuh cinta kepada seseorang..apa yang kita boleh lakukan adalah kawal.. kebiasaannya remaja akan coba utk meluahkan perasaan cinta itu dalam bentuk ungkapan setelah melalui beberapa step yang dirancang utk mengenali sidia.. seperti dapatkan nomor telefon..berkenelan dgn teman2 sidia..melalui perbincangan yang pada mulanya atas dasar pelajaran,bisnes  dan macam2 lagi perkara yang dilakukan utk meraih perhatian sidia yang dicintai itu.. kemudian.. apabila sudah saling mengenali,saling berhubung melalui sms atau panggilan.. akan bermulalah step seterusnya iaitu ungkapan kata2 indah yang mewakili perasaan..setelah itu pabila cinta sudah diterima bermulalah satu perhubungan yang sepatutnya suci dan murni dalan konteks cinta..


YA.. bercinta memang amat dihalalkan oleh Allah..saling menyayangi,saling membantu..bukankah telah dinyatakan diatas cinta itu sesuatu yang suci.. Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah itu menyukai sesuatu yang indah..bermula dari pandangan pertama mungkin dari:
                  1.kecantikkan
        2.harta
                3.keturunan
             4.agama
 hehe..mengapa agama saya letak dibawah ye?kerana..pilihan atas dasar itu jarang dilakukan oleh kita.. maaf..  berdasarkan perhatian saya terhadap remaja sekarang disekeliling saya.. ramai yang memilih apa yang zahir dan menolak agama sebagai sesuatu yang patut dijadikan dasar dalam memilih pasangan utk dicintai..


berbalik pada kenyataan di atas.. cinta memang amat dihalalkan..tetapi bagi yang bukan haram... sucikah cinta andai saling berdua2an di tempat sunyi atau sepi tanpa menghiraukan pandangan orang?atau lebih tepat lagi pandangan Allah? sucikah cinta andai berkhalwat melalui sms dan panggilan telefon mengungkapkan ayat2 dan bunga2 zina
sehingga menerbitkan perassan asyik dan ghairah?sucikah cinta andai membenarkan pasangan menyentuh tubuh dan melihat aurat?sucikah cinta andai asyik dating hingga melupakan solat?sucikah cinta andai sanggup bersengkang mata skype tengah2 malam dgn pasangan yang sepatutnya diisi dgn rehat@tidur atau lebih bagus lagi membuat qiamulail?sucikah cinta andai pabila janji yang dipersetujui bersama lalu dimungkiri?sucikah cinta andai pada zahirnya tampak islamik tetapi pada hakikat hanya hipokrit? inilah persoalannya bagi memreka yang bukan mahram yang saling sedang bercinta..


Cinta itu tidak haram dan jika hendak brcinta sebelum brnikah haruslah disusun pada tertib terbawah selepas cinta kepada Allah,Rasulullah,ibu bapa dan umat islam..cinta kepada Allah dan rasulullah harus yang teratas agar tidak melalukan perkara yang dilarang oleh Allah..cinta pada ibu bapa pula agar kita tidak derhaka kepada ibu bapa dan melebihkan pasangan..cinta pada umat islam pula agar kita tidak melalaikan urusan dan kepentingan sesama umat islam kerana pasangan..namun realitinya..utk bercinta mengiktu tertib yang telah disyariatkan amatlah sukar.. oleh itu lebih baik kita mengawal dgn tidak melakukan langkah sterusnya selepas jatuh cinta melalui pandangan.. kkmedian kawallah pandangan mata..jagalah hati dgn selalu beristigfar dan memohon bantuan daripada Allah.. rajin mendekatkan diri kepada Allah dan bercintalah dgn ALLAH..hangatkan lagi perasaan asyik bercinta itu dgn Allah dan itulah yang eterbaik selagi kita belum bersedia utk bernikah.. jika sudah bersedia utk bernikah.. lamarlah sidia.. dan nikahlah..kemudian..selamat bercinta dgn cara yang amat diredai Allah..dan itulah kesucian cinta..


buat remaja yang belum bersedia utk bernikah..jagalah hati..jaga pandangan..jaga batas pergaulan..jaga gurau senda sesama teman..jaga kata2..jaga sikap kita..agar cinta itu dalam kawalan kita dan bukan cinta yang mengawal kita dan agar orang lain tidak terjatuh cinta kepada kita sehingga terkeluar dari landasan syariat islam dan agar kita tidak menyebabkan orang lain merana kerana kita..ingat..kita tidak boleh menyakiti orang lain.. kerana itu kita harus mengawal diri kita.. kalau kita mampu kawal diri kita.. kita akn mampu mengawal cinta.. kepada kaum muslimt.. tutuplah auratmu seeloknya dan sebetulnya..jagalah pergaulan dan kata2mu..jagalah kelembutanmu..jagalah daya tarikkan mu..kerana wanita adalh punca cinta manusia..  dan ingatlah..realiti cinta sesama bukan mahram..adalah amat sukar utk menjaga kesuciaannya.. beramallah kerana ALLAH.. bercintalah dgn ALLAH.. jika sudah terjerumus..sudah terluah..sudah menodai kesuciaan cinta.. bertaubatlah.. lakukan secara berperingkat agar tiada yang terluka teruk.. lakukan kerana Allah..perbaiki kesuciaan cinta itu.. andai sudah berjanji.. sudah memberikan harapan..berazamlah utk akn kembali bercinta dgn pasangan apabila sudah bersedia utk bernikah kerana memungkiri janji adalah ciri org munafik.. jgnlah pula diputuskan hubungan silaturahim yang telah terbina tetapi kawal cara pergaulanmu..tak perlu sms ayat2 indah..panggilan telefon yang asyik..pertemuan yang disertai syaitan..skype yang melalaikan..cukuplah sekadar bertanya khabar..dan mendoakan pasangan..dan jagalah kesuciaan cinta.. mengapa diharapkan cinta yang suci..andai diri sendiri menodai CINTA...Bercinta dulu dgn Allah.. dan disini saya sertakan doa meraih cinta Allah..


bismillahirahmanirahim..


  "Allahumma inni as'aluka hubbaka wahubba mayyuhibbuka..wal a'malallazi yuballighuni hubbaka.. Allahummaj' al hubbaka ahaba ila min nafsi wal mali wal ahli waminal ma..il barid'..."


maksudnya:Ya Allah Ya tuhanku,sesungguhnya aku memohan kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang yang membawaku sampai kepada kecintaanMu.Ya Allah ya tuhanku,jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang amat aku cintai lebih daripada diriku,hartaku.keluargaku dan air yang dingin..


jika ingin dapatkan kepastian mengenai sebutan ayat doa ini..cari sahaja dalam buku doa2 amalan atau di internet iaitu doa memohon kecintaan Allah..


jadi..mrilah kita semua..bersama2 menjaga kesucian CINTA yang indah anugerah Illahi.. jgnlah menjadi manusia perosak di muka bumi milik Illahi ini..diharapkan artikle saya mampu merungkai persoalan saudari Amalina Nikmatuhusna
dan sekiranya ada pandangan atau sesiapa yang ingin mengutarakan pendapat pada tajuk yang sebati dalm kehidupan kita ini amatlah dialu2kan dan marilah kta berkongsi ilmu2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah..
InsyALLAH..sesungguhnya yang baik dan indah datang dari Allah dan yang buruk itu datangnye dari kelemahan saya sebagai hambaNYA..dan maaf seandainya artikle ini mengguris hati sesiapa..sesungguhnya kebenaran itu amat menyakitkan bagi si pemikir dunia semata.. salam ukhwah... selamat beramal dan semoga Allah merahmati kalian selalu.. @ dalam bahasa arabnya.. Allah yu barik fiq.. amin..

0 komentar:

Posting Komentar


Template by:
Free Blog Templates